Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Mesyuarat Status Aduan (MSA) IPCC

30 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Status Aduan Bilangan 2 Tahun 2026 bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Royale Chulan Kuala Lumpur.

 

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC dan dihadiri oleh Puan Martina@Kartina Binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC; Anggota-Anggota Suruhanjaya IPCC iaitu Dato' Shukri bin Abdullah, Dato' Othman bin Yusof, Dato' Kennedy Jawan, Dato' Haji Alias bin Salim dan Tuan Haji Ruslan bin Atan serta Puan Siti Jalilah Binti Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC dan pengarah-pengarah bahagian IPCC.Turut hadir ialah YBhg. CP Dato’ Aida binti Abdul Hamid, Pengarah JIPS PDRM, bersama YBrs. DCP Thaipul Bahri bin Mokhtar, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS PDRM, YBrs. SAC Azlan bin Abu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Aduan (CPA) PDRM serta pegawai-pegawai CPA PDRM.

 

Perbincangan memberi tumpuan kepada status semasa pengurusan aduan serta tindakan susulan terhadap aduan-aduan yang diterima bagi memastikan setiap aduan diurus secara telus, berintegriti, cekap dan berkesan selaras dengan fungsi serta mandat IPCC.Mesyuarat ini merupakan platform bagi memperkukuh kerjasama strategik antara IPCC dan JIPS dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan aduan berkaitan tatakelakuan polis, di samping memperkasakan penyelarasan tindakan susulan antara kedua-dua agensi.

 

IPCC akan terus komited melaksanakan fungsi pengawasan secara bebas, telus dan profesional bagi memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan tadbir urus yang berintegriti sentiasa menjadi keutamaan.

 

Â