Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Kunjungan Hormat Daripada Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC)

29 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), bersama delegasi MCCC, di Royale Chulan Kuala Lumpur.

 

IPCC diwakili oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, Puan Martina@Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC, Anggota-Anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai IPCC. Turut hadir dalam delegasi MCCC ialah YBhg. Dato’ Nazri Ibrahim, Timbalan Presiden MCCC, serta barisan kepimpinan MCCC.

 

Kunjungan hormat ini bertujuan menjalin hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama antara IPCC dan MCCC. Sesi ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan peranan dan fungsi IPCC, di samping bertukar pandangan mengenai aspek integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik ke arah memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan.

 

Â