Accessibility Tools
23 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama Anggota-anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, pengarah -pengarah bahagian dan pegawai IPCC.
Â
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memahami dengan lebih lanjut peranan dan fungsi NFCC, di samping memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama antara kedua-dua agensi. Sesi ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan peranan dan fungsi IPCC serta bertukar pandangan mengenai aspek integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Â
Â