Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Bengkel Pengurusan Aduan IPCC

2 Julai 2026 – Bengkel Pengurusan Aduan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 2 Julai 2026 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai IPCC bersama wakil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta JIPS Kontinjen dari 14 buah negeri.

 

Bengkel ini dianjurkan bagi memperkasa proses penyaluran maklum balas tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap aduan yang dikemukakan kepada IPCC. Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara IPCC dan PDRM, meningkatkan kefahaman terhadap peranan serta tanggungjawab setiap pihak, di samping memperkasakan pengurusan aduan yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

 

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, dan turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Aida bin Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, anggota-anggota Suruhanjaya serta YBrs. Puan Siti Jalilah binti Abd. Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC.

 

Antara hasil utama bengkel ini ialah pengemaskinian proses pengurusan aduan sedia ada serta penyeragaman kaedah penyediaan maklum balas terhadap aduan yang diterima. Diharapkan hasil perbincangan, perkongsian ilmu dan penyelarasan yang dicapai sepanjang bengkel ini akan terus memperkukuh pengurusan aduan, sekali gus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

 

Â