Accessibility Tools
27 Februari 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, di Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
Â
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja serta membincangkan hala tuju strategik IPCC bagi tahun 2026. Sesi pertemuan turut menjadi platform memperkenalkan barisan Anggota Suruhanjaya yang baharu dilantik serta berkongsi perkembangan dan fokus semasa IPCC dalam pelaksanaan mandat Suruhanjaya.Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC bersama YBrs. Puan Martina @ Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC, barisan Anggota Suruhanjaya serta Ketua Pegawai Eksekutif IPCC.
Â