Accessibility Tools
23 Februari 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah melaksanakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang melibatkan pemeriksaan saringan kesihatan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Â
Pelaksanaan sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif IPCC dalam menggerakkan fungsi dan kuasa Suruhanjaya untuk menasihati Kerajaan serta mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan pelaksanaan pemeriksaan saringan kesihatan OKT, selaras dengan keperluan tadbir urus yang baik.Delegasi IPCC diketuai oleh YBrs. Puan Martina @ Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusof dan YBrs. Encik Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh YDH ACP Azli bin Mohd Nor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama YDH Supt. Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, serta Ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai IPD Kuala Terengganu.
Â
Â