Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Balai Polis Trafik Kuala Lumpur

12 Mac 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. REP ini bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh di peringkat formasi, mendengar pandangan serta mengenal pasti cabaran dan ruang penambahbaikan berkaitan keperluan serta pelaksanaan tugas harian anggota polis.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC bersama YBrs. Puan Martina @ Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC, Anggota-anggota Suruhanjaya, Pengarah-pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai IPCC.Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBrs. ACP Mohd Zamzuri bin Mohd Isa, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur bersama YBrs. SUPT Suffian bin Abdullah, Timbalan Ketua Jabatan, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

 

Â