Accessibility Tools
20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebagai platform libat urus bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama Anggota Suruhanjaya, Pengarah dan Pegawai IPCC, manakala delegasi IPK Sabah diketuai oleh CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah, bersama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan ketua-ketua jabatan IPK Sabah.
Â
Program ini menjadi platform kepada IPCC untuk mendapatkan perspektif berkaitan pelaksanaan tugas dan cabaran yang dihadapi di peringkat kontinjen, di samping memperkukuh perkongsian pandangan dan kerjasama strategik dalam aspek tadbir urus, integriti dan akauntabiliti PDRM.
Â
Â