Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu

20 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sebagai platform libat urus bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Othman bin Yusoff, Anggota Suruhanjaya, bersama Pegawai IPCC. Pihak IPD Kota Kinabalu diwakili oleh ACP Shahrudin bin Mat Husain, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah, pegawai-pegawai dan anggota IPD Kota Kinabalu.

 

Program ini menjadi platform libat urus dan perkongsian pandangan antara IPCC dan PDRM, di samping memberi ruang kepada IPCC mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan tugas serta cabaran yang dihadapi. Sesi ini turut memberi tumpuan kepada pengurusan lokap berpusat, khususnya aspek pemeriksaan kesihatan Orang Kena Tahan (OKT).

 

Â