Accessibility Tools
18 Ogos 2026 – Pengarah dan warga Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Ogos 2026 yang dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Perhimpunan turut menyaksikan pelancaran KDN Gen AI Platform, Unit Dron AADK serta Pelan Strategik AADK Tahun 2026–2030, sebagai antara usaha memperkukuh keupayaan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 yang mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, perjuangan memerangi penyalahgunaan dadah turut membawa makna yang besar dalam mempertahankan erti kemerdekaan serta membina masyarakat yang lebih sejahtera.