Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Bengkel Pemantapan Curbing Misconduct Culture (CMC)

19 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Curbing Misconduct Culture (CMC) di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan bagi memperkukuh pelaksanaan sesi CMC melalui perkongsian pengetahuan dan pendekatan yang bersesuaian.

 

Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama Anggota-Anggota Suruhanjaya, pengarah-pengarah bahagian, pegawai-pegawai IPCC serta pegawai psikologi daripada agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), termasuk Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Bengkel ini turut memberi fokus kepada penerapan elemen-elemen psikologi yang bersesuaian dalam pelaksanaan sesi CMC. Perkongsian dan perbincangan yang diadakan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada pihak IPCC bagi menyokong pelaksanaan program CMC secara lebih komprehensif, berkesan dan berimpak.

 

Â