Accessibility Tools
24 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menganjurkan Kursus Kecerdasan Buatan (AI): Pemanfaatan AI dalam Pengurusan Aduan dan Siasatan selama tiga hari, dari 22 hingga 24 Julai 2026, melibatkan penyertaan 20 orang warga IPCC.
Â
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan pegawai dalam mengaplikasikan teknologi AI bagi menyokong pelaksanaan tugasan harian, khususnya dalam pengurusan aduan dan siasatan. Kursus ini turut menggalakkan pemikiran kritikal, kreativiti dan budaya inovasi selaras dengan agenda transformasi digital sektor awam.Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Aduan dan Siasatan (BAS), Encik Mohammad Zahir bin Shari, sebagai tanda sokongan terhadap usaha pembangunan kompetensi warga IPCC.
Â
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen IPCC dalam memperkasakan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersedia memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Â