Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Perhimpunan Bulanan KDN Julai 2026

27 Julai 2026 – Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai 2026 telah dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, termasuk YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), Anggota-Anggota Suruhanjaya IPCC serta warga IPCC. Perhimpunan ini menjadi platform penyampaian amanat kementerian serta memperkukuh kerjasama strategik dalam kalangan agensi di bawah KDN.

 

Majlis turut menyaksikan Peluncuran Ekosistem Digital JPPM, penyampaian Sijil Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta sesi Janji Integriti: Penyerahan Poster Aduan IPCC.Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, telah menyerahkan Poster Aduan IPCC kepada YBhg. CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebagai simbolik komitmen bersama dalam memperkukuh integriti serta memperluaskan hebahan mengenai saluran aduan IPCC. Poster berkenaan akan diedarkan ke setiap formasi PDRM di seluruh negara sebagai medium hebahan bagi meningkatkan kesedaran mengenai peranan IPCC serta saluran aduan yang disediakan.

 

Dalam amanatnya, YB Menteri Dalam Negeri menyeru seluruh warga KDN agar terus memperkukuh integriti, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta menyemarakkan semangat patriotisme bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

 

Â