Accessibility Tools
16 April 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah melaksanakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang melibatkan pemeriksaan saringan kesihatan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Â
Pelaksanaan sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif IPCC dalam menggerakkan fungsi dan kuasa Suruhanjaya bagi menasihati Kerajaan serta mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan pelaksanaan pemeriksaan saringan kesihatan OKT, selaras dengan keperluan tadbir urus yang baik.
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Kennedy Jawan, Anggota IPCC, bersama pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh ASP Ziqri Rayyan Ranner bin Pilus, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Tawau mewakili Ketua Polis Daerah Tawau bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Balai di bawah pentadbiran IPD Tawau.
Â
Â