Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Kunjungan Hormat IPCC Kepada Ketua Setiausaha Negara

28 April 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

 

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja serta berkongsi hala tuju dan fokus semasa IPCC dalam pelaksanaan fungsi dan mandat Suruhanjaya. Sesi pertemuan turut menjadi platform perbincangan berkaitan perkembangan semasa, dapatan hasil pelaksanaan fungsi IPCC serta usaha penambahbaikan berterusan dalam memperkasa peranan Suruhanjaya.Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama Anggota-anggota Suruhanjaya dan Ketua Pegawai Eksekutif.

 

Â