Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Mesyuarat Berkaitan Kes-Kes Di Bawah 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis [Akta 839]

29 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Kes-Kes di Bawah Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC.

 

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Anggota-Anggota Suruhanjaya, pegawai-pegawai IPCC serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

 

Perbincangan memberi tumpuan kepada perkembangan kes-kes di bawah Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] yang melibatkan jenayah seksual, kecederaan parah serta kematian dalam tahanan atau jagaan polis. Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan antara agensi bagi membincangkan isu-isu berbangkit, mengenal pasti langkah penambahbaikan serta memperkukuh mekanisme pengurusan kes agar dilaksanakan secara lebih cekap, teratur dan berkesan.Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan IPCC dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan pengendalian kes di bawah Akta 839 dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti.

 

Â