Alat Kebolehcapaian
28 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara IPCC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah, YBhg. Dato’ Othman bin Yusof, YBhg. Dato’ Kennedy Jawan dan YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota-Anggota Suruhanjaya, serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Supt. Zulkiflee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera, bersama DSP Kumaran a/l Nyanasagaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera serta anggota-anggota IPD Bera.
Â
Program ini menjadi platform kepada IPCC untuk memahami realiti operasi, pelaksanaan tugas dan cabaran yang dihadapi di IPD Bera serta Balai Polis Triang. Pendekatan ini turut memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai aspek kesejahteraan dan kebajikan warga PDRM sebagai antara elemen penting dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.
Â
Â