Alat Kebolehcapaian



IPCC merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839]. IPCC berperanan memantau, menyiasat dan mengendalikan aduan berkaitan salah laku serta tatakelakuan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
IPCC juga berfungsi sebagai platform bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kepolisan serta menyokong usaha pembaharuan berterusan ke arah perkhidmatan kepolisan yang berintegriti, berwibawa dan diyakini masyarakat.
Diluluskan pada 2022 & berkuat kuasa mulai Julai 2023
Barisan Anggota Suruhanjaya dan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) ini
menerajui hala tuju strategik organisasi serta memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berkesan.




Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) berperanan membuat syor penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan anggota pasukan polis di samping memantau, menyiasat dan mengendalikan aduan berkaitan salah laku serta tatakelakuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara bebas, telus dan berintegriti.




Dapatkan pengumuman, makluman dan notis terkini daripada Suruhanjaya,
termasuk hebahan penting, perkembangan semasa serta informasi untuk orang awam.
Daftar sebagai IPFC (IPCC, Police, Friends and Collaborators) secara dalam talian dan dapatkan maklumat terkini program serta aktiviti IPCC.