Alat Kebolehcapaian
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 14 Ogos 2020 antara lain telah bersetuju dengan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Independent Police Conduct Commission – IPCC) 2020. Seterusnya, RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 ini telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat pada 26 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 8 Ogos 2022.
Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 ini telah kemudiannya mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 8 Oktober 2022 dan telah diwartakan sebagai Akta 839 pada 18 Oktober 2022.
Akta 839 mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2023 seperti Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(B) 574 yang disiarkan pada 21 November 2022.
14-08-2020
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.
14-08-2020
26-07-2022
RUU IPCC 2020 diluluskan di Dewan Rakyat.
08-08-2022
RUU IPCC 2020 diluluskan di Dewan Negara.
08-08-2022
08-10-2022
RUU IPCC mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
18-10-2022
Diwartakan sebagai Akta 839 – Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022.
18-10-2022
21-11-2022
Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(B) 574 menyatakan tarikh kuat kuasa.
01-07-2023
Akta 839 mula berkuat kuasa sepenuhnya.
01-07-2023