Alat Kebolehcapaian
IPCC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan sebagai badan pemantau bebas tatakelakuan polis di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] bertujuan untuk menggalakkan integriti, mengadakan mekaisme aduan dan siasatan bagi penanganan salah laku serta mengesyorkan penambahbaikan kebajikan anggota pasukan polis.
Aduan yang boleh dibuat di IPCC adalah berkenaan salah laku anggota pasukan polis sahaja.
Menurut seksyen 24(1) Akta 839, semua aduan hendaklah dibuat secara bertulis iaitu melalui surat atau e-mel dan dihantar kepada Suruhanjaya melalui mana-mana saluran berikut:
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
Aras 7, Setia Perkasa 7,
Kompleks Setia Perkasa, 62546 Putrajaya.
Ya. Pengadu boleh membuat aduan bagi pihak orang lain/ orang yang terjejas dengan memberi butiran lengkap secara bertulis.