Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Privasi anda

 

  • Halaman ini menerangkan Dasar Privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung Portal Rasmi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

     

  • Sekiranya pengunjung membuat transaksi, mengemukakan aduan atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut boleh dikongsi dengan agensi awam berkaitan sekiranya perlu, bagi tujuan pemprosesan, penyelarasan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif, termasuk penyelesaian aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi lain.

 

Maklumat yang dikumpul

 

  • Tiada maklumat peribadi akan dikumpul secara automatik semasa pengunjung melayari portal ini. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi hanya akan direkodkan sekiranya pengunjung secara sukarela mengemukakannya melalui e-mel, borang dalam talian atau saluran rasmi lain yang disediakan.

 

Pautan ke Laman Web lain

 

  • Portal ini mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Dasar Privasi ini hanya terpakai bagi Portal Rasmi IPCC. Pengunjung adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi laman web lain yang dilayari, kerana dasar tersebut mungkin berbeza dan berada di luar kawalan IPCC.

 

Pindaan Dasar

 

  • IPCC berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Pengunjung digalakkan untuk menyemak halaman ini secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan penggunaan portal dan pengurusan maklumat.