Alat Kebolehcapaian
Portal Rasmi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menggunakan teknologi keselamatan terkini, termasuk enkripsi data, bagi melindungi maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Standard keselamatan yang ketat dilaksanakan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan serta memastikan integriti dan kerahsiaan maklumat terpelihara.
Semua data peribadi dan maklumat sensitif yang dihantar atau disimpan melalui portal ini dilindungi dengan teknologi keselamatan yang sesuai. Storan elektronik dan penghantaran data mematuhi amalan terbaik keselamatan siber bagi mengurangkan risiko kehilangan, pengubahsuaian atau capaian tanpa kebenaran.