Alat Kebolehcapaian
30 Julai 2026 – YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis telah tampil dalam sesi temu bual di Pahang FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang yang membicarakan topik “Mengenali IPCC: Peranan dan Fungsi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis”.
Sesi tersebut menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi IPCC kepada masyarakat, di samping meningkatkan kefahaman awam terhadap usaha memperkukuh integriti serta akauntabiliti dalam pasukan polis.IPCC merakamkan penghargaan kepada pihak Pahang FM, RTM Pahang atas ruang siaran yang diberikan dalam memperluas hebahan serta meningkatkan kefahaman awam terhadap peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya ini.