Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Balai Polis Selangau Sarawak

18 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Balai Polis Selangau sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh hubungan strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat formasi.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah, Anggota Suruhanjaya bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusuf, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh DSP Muhammad Rizal bin Alias, Ketua Polis Daerah Mukah, bersama ASP Jarraw Anak Madong, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, serta anggota Balai Polis Selangau.

 

Program ini bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai situasi, keperluan dan cabaran yang dihadapi anggota di peringkat formasi. Pendekatan ini membolehkan IPCC memahami realiti operasi di lapangan serta menyokong usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang lebih berintegriti, berkesan dan berorientasikan rakyat.

 

Â