Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA)

19 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Kennedy Jawan dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan selaku Anggota Suruhanjaya, serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh DSP Mohammad Sahyed bin Abdul Amit, Ajutan Briged PGA Sarawak, serta warga Briged PGA Sarawak.

 

Program ini menjadi platform bagi IPCC mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai situasi, keperluan dan cabaran yang dihadapi anggota di lapangan. Pendekatan ini membolehkan IPCC memahami realiti operasi kepolisan dengan lebih menyeluruh serta memperkukuh kerjasama dalam menyokong pembentukan perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.

 

Â