Alat Kebolehcapaian
16 April 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah melaksanakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara yang melibatkan pemeriksaan saringan kesihatan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah, Anggota Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusof dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya, serta Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh YDH DSP Mohamad Dzakariya bin Abdul Kader, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah yang mewakili Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Balai di bawah pentadbiran IPD Seberang Perai Utara.
Â
Â