Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar

16 April 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah melaksanakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar yang melibatkan pemeriksaan saringan kesihatan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Pelaksanaan sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif IPCC dalam menggerakkan fungsi dan kuasa Suruhanjaya bagi menasihati Kerajaan serta mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan pelaksanaan pemeriksaan saringan kesihatan OKT, selaras dengan keperluan tadbir urus yang baik.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, serta Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh DSP Rosmizan bin Abdul Wahab, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Balai di bawah pentadbiran IPD Kangar.

 

Â