Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Sesi Libat Urus Penjara Bentong

6 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Libat Urus dan lawatan kerja ke Penjara Bentong bagi meninjau pelaksanaan prosedur pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan pendedahan mengenai amalan yang dilaksanakan di institusi berkenaan.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusof, YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim dan Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya. Turut hadir ialah Puan Siti Jalilah binti Abd. Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai IPCC. Delegasi telah disambut oleh TKP Ahmad Rizal bin Ghazali, Pengarah Penjara Bentong bersama PKK Azuwan Hafiz bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong serta pegawai-pegawai Penjara Bentong.

 

Sepanjang program, delegasi telah diberikan taklimat serta dibawa meninjau pelaksanaan beberapa prosedur dan program di Penjara Bentong. Lawatan ini bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai pelaksanaan prosedur pemeriksaan kesihatan, di samping menggalakkan perkongsian maklumat dan amalan terbaik antara IPCC dan Jabatan Penjara Malaysia.

 

Â