Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar

11 Mei 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah melaksanakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang melibatkan pemeriksaan saringan kesihatan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Pelaksanaan sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif IPCC dalam menggerakkan fungsi dan kuasa Suruhanjaya bagi menasihati Kerajaan serta mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan pelaksanaan pemeriksaan saringan kesihatan OKT, selaras dengan keperluan tadbir urus yang baik.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusuf dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh ACP Syed Basri bin Syed Ali, Ketua Polis Daerah Kota Setar bersama SUPT. Hilmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar serta Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Balai di bawah pentadbiran IPD Kota Setar.

 

Â