Accessibility Tools
18 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek pembangunan modal insan dan pemerkasaan budaya integriti dalam perkhidmatan kepolisan.
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya bersama YBhg. Puan Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya, YBhg. Dato’ Kennedy Jawan, Anggota Suruhanjaya, YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota Suruhanjaya, YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh SAC Zulfikar bin Mohd Ghazali, Komandan PULAPOL Kuching, bersama DSP Jefferson Wilfred Ahmin, Ketua Bahagian Penyelidik Latihan PULAPOL Kuching serta pegawai-pegawai kanan PULAPOL Kuching.
Â
Program ini menjadi platform bagi IPCC mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung pelaksanaan latihan dan pembangunan kompetensi warga PDRM. Pendekatan ini membolehkan IPCC memahami keperluan semasa institusi latihan kepolisan serta memperkukuh kerjasama dalam menyokong pembentukan perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti
Â