Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak

19 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Markas Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah Lima Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Kennedy Jawan, Anggota Suruhanjaya, YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota Suruhanjaya, YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya, serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh ACP Ab Rahman bin Mat Hasan, Komandan Markas Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah Lima Sarawak serta seluruh warga Pasukan Polis Marin.

 

Program ini menjadi platform bagi IPCC mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai situasi, keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh Pasukan Polis Marin. Pendekatan ini membolehkan IPCC memahami realiti operasi kepolisan di lapangan serta memperkukuh kerjasama dalam menyokong pembentukan perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.

 

Â