Accessibility Tools
16 April 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Medan Martak Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Kayu Hitam.
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota Suruhanjaya, serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi disambut oleh SUPT Azhar bin Haji Hashim, Pegawai Pemerintah Medan Martak PGA Bukit Kayu Hitam, bersama ASP Mohd Nor Khairi bin Md Dali, ASP Risik Briged Utara Pasukan Gerakan Am serta pegawai-pegawai kanan PGA.
Â
REP ini bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh di peringkat formasi, di samping mendengar pandangan serta memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh anggota, termasuk aspek beban tugas, persekitaran kerja, kemudahan dan kebajikan serta kesejahteraan.
Â
Â