Accessibility Tools

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Kunjungan Hormat Pengarah JIPS Ke IPCC

9 April 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menerima kunjungan hormat daripada YDH CP Dato’ Aida binti Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Kehadiran beliau telah disambut oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama Timbalan Pengerusi, Anggota-anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah-pengarah IPCC. Delegasi JIPS turut disertai oleh Timbalan-timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai-pegawai kanan JIPS PDRM.Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara IPCC dan JIPS, khususnya dalam memperkasa budaya integriti, meningkatkan pematuhan standard serta mempertingkatkan profesionalisme dalam kalangan anggota PDRM.

 

Â