Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Batalion 2 Pasukan Gerakan AM (PGA), Kulim

12 Mei 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah, Anggota Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Kennedy Jawan dan YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi disambut oleh SUPT Aswadi bin Seman, Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, bersama DSP Khairi bin Abdullah, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 2 PGA Kulim, ASP Ab Rahim bin Mohomad, Ajutan Batalion 2 PGA Kulim serta pegawai-pegawai kanan PGA.

 

REP ini bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh di peringkat formasi, di samping mendengar pandangan serta memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh anggota, termasuk aspek beban tugas, persekitaran kerja, kemudahan dan kebajikan serta kesejahteraan.

 

Â