Alat Kebolehcapaian
12 Mei 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi.
Â
REP ini bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan pengoperasian Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, di samping memahami cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan fungsi kepolisan marin termasuk aspek operasi, keselamatan perairan, logistik, aset serta keperluan operasi semasa.
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusuf dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh DSP Mohd Rohaizad bin Mohd Nasir, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi, Insp. Muhamad Khairul Fadhli bin Kamarudin, Inspektor Operasi/RISIK Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi serta Sarjan Perabu a/l Lohanathan, Penyelia Markas Taktikal (MARTEK) Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Kuala Kedah bersama anggota-anggota Pasukan Polis Marin.
Â
Â