Alat Kebolehcapaian
20 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik IPCC bagi Tahun 2027–2029 sebagai usaha memperkukuh hala tuju organisasi bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Â
Bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai IPCC. Penganjurannya bertujuan merangka dan meyelaras hala tuju strategik IPCC bagi tempoh tiga tahun akan datang. Program dan inisiatif yang dirancang memberi pendekatan yang lebih mampan bagi menyokong setiap teras selaras dengan fungsi dan kuasa IPCC yang termaktub di dalam Akta 839.Â
Â
Menerusi sesi perbincangan, perkongsian pandangan dan penyelarasan hala tuju tersebut, bengkel ini diharap dapat menghasilkan Pelan Strategik IPCC 2027–2029 yang komprehensif dan berorientasikan hasil. Pelan ini akan menjadi dokumen rujukan utama dalam merancang program, mengurus sumber, menetapkan petunjuk prestasi serta membuat keputusan selaras dengan visi dan misi Suruhanajaya.
Â
Â