Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah

16 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) bersama Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (Child Interview Centre - CIC) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara IPCC dan PDRM.

 

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBrs. Puan Martina@Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya, Anggota-Anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh SAC Siti Kamsiah binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah D11, ACP Wong Pooi Lin, Penolong Pengarah Siasatan (D11), serta pegawai-pegawai D11, JSJ PDRM.

 

Program ini menjadi platform bagi IPCC mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai pelaksanaan siasatan kes seksual, wanita dan kanak-kanak serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas. Pendekatan ini membolehkan IPCC memahami realiti operasi dengan lebih menyeluruh, di samping memperkukuh kerjasama dalam menyokong pembentukan perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.

 

Â