Alat Kebolehcapaian
6 Mei 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor.
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBrs. Puan Martina@Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC, bersama Anggota-Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi disambut oleh SAC Zuraimi bin Zam-Zam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D10 (Forensik), Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, bersama ketua-ketua seksyen serta anggota polis Makmal Forensik PDRM.
Â
REP ini bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan pengoperasian Makmal Forensik PDRM, di samping memahami cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan fungsi forensik, termasuk aspek tatacara kerja, penggunaan teknologi, kemudahan serta keperluan operasi semasa.
Â
Â