Alat Kebolehcapaian
3 Februari 2026 – Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. CP Datuk AB Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Â
Kunjungan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Regular Engagement Programme (REP) IPCC yang bertujuan memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara IPCC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di peringkat kontinjen.Delegasi IPCC turut disertai oleh YBrs. Puan Martina@Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi IPCC, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, serta Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai IPCC. Pihak PDRM pulau turut disertai oleh YBrs. DCP Abdul Latiff bin Mehat, Timbalan Ketua Polis Johor, bersama Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Formasi, Ketua-ketua Polis Daerah serta pegawai-pegawai IPK Johor.
Â
Â