Alat Kebolehcapaian
IPCC telah memperkenalkan lagu tema rasmi bertajuk "Janji Integriti" bagi mengukuhkan identiti korporat dan menyemarakkan budaya integriti dalam organisasi serta masyarakat. Lagu ini telah mula diperkenalkan semasa Majlis Pelancaran IPCC, Polics, Friends and Collaborators (IPFC) pada 3 Disember 2021 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
LIRIK LAGU : JANJI INTEGRITI
Baris Sedia
Ayuh Semua Kita Bersama
Berazam Satu Suara
Ayuh Semua
Teguh Berdiri Di Sini
Satu Amanah Berintegriti
Disiplin Jadi Panduan
Untuk Kepentingan Awam
Pantau Tiap Tindakan
Agar Cemerlang Ke Hadapan
Tiap Janji Yang Diberi
Kita Pegang Sepenuh Hati
Tiada Kompromi Jika Tidak Setari
Integriti Tiada Ganti
Bersama Bina Harapan
Tanpa Ragu, Tanpa Alasan
Demi Kemakmuran
Malaysiaku Satu Kejayaan
Tanpa Gentar Kita Melangkah
Tentangi Salah Laku Dengan Gagah
Janji Di Hati, Kita Serah
Demi Kebenaran, Tiada Lelah
Lirik : IPCC dan Rosli Mohd Nordin
Komposer : Tengku Zainuddin Tengku Dalam
Pautan muzik video : YOUTUBE