Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Sesi Libat Urus Bersama Pegawai Psikologi PDRM

11 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) bersama Pegawai Psikologi yang ditempatkan di formasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya.

 

Seramai 20 orang Pegawai Psikologi yang ditempatkan di PDRM di sekitar Lembah Klang telah hadir ke SLU ini yang diadakan bersama dengan Anggota Suruhanjaya dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, pengarah-pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai IPCC.

 

SLU ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dalam pelaksanaan intervensi psikologi di PDRM, di samping mendapatkan pandangan serta cadangan daripada Pegawai Psikologi mengenai inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuh budaya integriti dan meningkatkan kesejahteraan dalam anggota pasukan PDRM.

 

Â