Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Sesi Libat Urus Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (PSKDN) 2026-2030

21 Mei 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (PSKDN) 2026-2030 bersama Bahagian Perancangan Strategik (PG), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

SLU ini bertujuan memberi penerangan terperinci berhubung hala tuju strategik kementerian bagi tempoh lima tahun bermula 2026 hingga 2030 sekali gus memperkasa peranan IPCC bagi tempoh lima tahun akan datang.Turut dibentangkan usaha transformasi digital dan pemodenan kecerdasan buatan (Al), selaras dengan Perancangan Strategik Al Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi penekanan kepada penggunaan teknologi pintar dalam penyampaian perkhidmatan awam.Pendekatan libat urus ini juga memberi ruang kepada perkongsian pandangan dan cadangan bagi memperkasa pelaksanaan PSKDN secara menyeluruh.

 

Sesi ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, pengarah-pengarah bahagian, pegawai-pegawai IPCC serta pegawai daripada Bahagian Perancangan Strategik (PG), KDN.

 

Â