Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Sambutan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026

25 Mac 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, telah menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Turut hadir YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, serta YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, bersama barisan kepimpinan tertinggi negara.Sambutan ini menjadi platform yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperingati Hari Polis serta memperlihatkan peranan berterusan pasukan keselamatan negara dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

 

Â