Alat Kebolehcapaian
19 Jun 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek penambahbaikan operasi dan pengurusan pasukan.
Â
Delegasi IPCC diketuai oleh YBrs. Puan Martina@Kartina binti Zamhari, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBrs. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota Suruhanjaya serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh P/ACP Faizul bin Muhammad, Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sarawak, bersama barisan pegawai dan anggota PGU.
Â
Program ini menjadi platform bagi IPCC mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung situasi semasa, keperluan operasi serta cabaran yang dihadapi oleh formasi PGU. Pendekatan ini membolehkan IPCC memahami realiti operasi di lapangan dengan lebih menyeluruh, di samping memperkukuh kerjasama strategik bersama PDRM dalam usaha menyokong penyampaian perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.
Â
Â