Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Sesi Libat Urus IPCC Bersama Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 PDRM

7 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah menerima sesi libat urus daripada Cawangan Khas 1, Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi mendapatkan penerangan lanjut berkaitan fungsi, peranan, struktur organisasi serta pelaksanaan tugas dan operasi di bahagian tersebut.

 

Sesi ini telah dihadiri oleh Pengerusi IPCC, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, bersama Timbalan Pengerusi IPCC, Puan Martina @ Kartina binti Zamhari; Anggota-Anggota Suruhanjaya; Ketua Pegawai Eksekutif; Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai IPCC. Turut hadir, CP Dato’ Azman bin Abdul Razak, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, PDRM, bersama SAC Dr. Md. Rozimi bin Mohd. Nasi, Ketua Penolong Pengarah E9 serta pegawai-pegawai daripada Cawangan Khas 1, PDRM.

 

Melalui sesi ini, pihak Cawangan Khas 1, PDRM turut berkongsi penerangan berhubung pelaksanaan fungsi, peranan serta tatacara pengendalian tugas di bahagian tersebut. Sesi ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama serta menjadi platform perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak.

 

Â