Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

REP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching

22 Januari 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah melaksanakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, melibatkan pemeriksaan saringan kesihatan ke atas Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Pelaksanaan sesi ini merupakan inisiatif IPCC dalam menggerakkan fungsi dan kuasa Suruhanjaya bagi menasihati Kerajaan serta mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan pemeriksaan saringan kesihatan OKT, selaras dengan keperluan tadbir urus yang baik dan penekanan terhadap aspek kesihatan OKT dalam lokap PDRM.Delegasi IPCC diketuai oleh Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, bersama Anggota-anggota Suruhanjaya, Pengarah-pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi disambut oleh SUPT Merbin anak Lisa, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, bersama Ketua-ketua Bahagian serta pegawai-pegawai di bawah pentadbiran IPD Kuching. Turut hadir Encik Ahmad Rizan, Pengurus Besar FOMEMA.

 

Â