Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

Perhimpunan Bulanan KDN April 2026

13 April 2026 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2025 bertempat di Auditorium, Aras 5, Kompleks Setia Perkasa 8, Putrajaya.Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri serta barisan pengurusan tertinggi KDN, termasuk YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN.

 

Dalam ucapan beliau, YB Menteri Dalam Negeri menekankan bahawa ketidaktentuan global memberi kesan kepada ekonomi negara, khususnya melibatkan bekalan tenaga dan harga bahan api, serta menggesa rakyat agar sentiasa bersiap siaga menghadapi situasi semasa.Dalam masa yang sama, pengukuhan kawalan sempadan negara serta kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.YB Menteri turut memaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pihak polis melaksanakan pemantauan di stesen minyak di kawasan sempadan, selaras dengan keperluan semasa dan peruntukan undang-undang sedia ada.

 

KDN turut meluncurkan Pelan Strategik Kecerdasan Buatan (PSAI) 2026–2030 bagi memperkukuh transformasi digital sektor keselamatan negara melalui tadbir urus AI yang beretika serta penggunaan teknologi seperti analitik ramalan dan automasi. Dalam majlis yang sama, Portal Rasmi IPCC turut dilancarkan sebagai platform bersepadu yang menyediakan akses kepada sistem aduan SPEAKS serta maklumat terkini berkaitan peranan dan fungsi IPCC, sekali gus memperkukuh ketelusan dan kepercayaan awam.

 

Â