Alat Kebolehcapaian

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Takrifan

Takrifan

Aduan terhadap anggota pasukan polis

 

(1)  Apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang terhadap anggota pasukan polis hendaklah dibuat secara bertulis dan ditujukan kepada Jawatankuasa Aduan.
(2)  Sesuatu aduan secara bertulis hendaklah mengandungi yang berikut:

        • butir-butir pengadu;
        • butir-butir anggota pasukan polis, jika boleh dikenal pasti, yang tindakan yang diambil atau tidak diambilnya menjadi asas aduan itu, atau jika tidak boleh dikenal pasti, suatu perihalan atau apa-apa butir lain yang mencukupi bagi membolehkannya dikenal pasti;
        • butir-butir mengenai salah laku yang diadukan, termasuklah tarikh dan tempat berlakunya salah laku itu;
        • butir-butir orang yang terjejas oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis itu, jika orang itu bukan pengadu;
        • butir-butir mana-mana orang lain yang hadir semasa atau terlibat dalam tindakan yang diambil atau tidak diambil yang diadukan itu, jika ada; dan
        • apa-apa butiran lain, termasuklah gambar foto dan dokumen, yang difikirkan sesuai atau perlu oleh pengadu untuk dimasukkan dalam aduan itu.

(3) Jawatankuasa Aduan hendaklah menimbang teliti aduan yang diterima dan memutuskan pengelasan aduan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 25.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan SALAH LAKU polis ?

 

Berdasarkan Seksyen 22(1) Akta 839, salah laku polis bermaksud:

  • apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis;
  • apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; dan
  • apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan.